Utama l Tempah Sekarang l Affiliate Jana $$$ l Hubungi Kami l Facebook l  Usahawan.com

 

 

Tonton Dahulu Video Ini!



Anda penggemar Waffle? Menu makanan ini memang tidak pernah kehilangan peminatnya. Selain rasanya yang manis, Waffle juga kebiasaannya lembut dan rangup. Ia merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dan tidak hairanlah di mana-mana pasaraya pasti ada menjualnya walaupun kadar sewa ruang niaga yang dikenakan agak mahal. 

Ini menunjukkan permintaan terhadap Waffle cukup tinggi dan menggambarkan perniagaan ini sangat menguntungkan, tidak tepu serta stabilNamun begitu, untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan ini, anda sememangnya memerlukan sedikit kelainan yang bukan sahaja pada produk yang diniagakan, tetapi juga memerlukan hasil gabungan konsep perniagaan baru, strategi pemasaran dan penjenamaan.

 

Tunggu Dulu...

Sebelum Meneruskan lagi Pembacaan, Cuba Anda Berfikir Sejenak

Anda ingin MENCUBA bisnes Waffle lain dari yang lain?
Risau produk makanan anda KURANG mendapat sambutan?
Rasa BOSAN dengan perkerjaan sedia ada?
Masih tercari-cari peluang MENAMBAH pendapatan sampingan?

Jika jawapan adalah adalah YA, kami ingin mempelawa anda untuk menerokai satu peluang perniagaan baru dan mengambil langkah seterusnya dengan menjadi Rakan Niaga kami.

 

memperkenalkan

Pakej Perniagaan Waffle
Waffle Stick Classic Waffle & Bubble Waffle

Snek Jalanan yang Menjadi Fenomena di Seluruh Dunia

Bisnes Konsep Mudah-Alih! Keuntungan Menarik

 

Pakej Perniagaan ini terdiri daripada Dapur khas Waffle, Banner, Display, Tepung Waffle, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Alatan Khas yang lain.

Tambahan Kiosk RM550

Direka dalam bentuk mudah alih untuk kesenangan anda dengan reka bentuk grafik yang kontemporari dan menarik perhatian. Table Top kiosk pula diperbuat daripada stainless steel yang mana kesemua proses penyediaan dan penjualan produk Waffle boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, kiosk ini boleh dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan anda!

 

Rakan Niaga Diperlukan Seluruh Malaysia!
Mudah Dikendalikan, Kos Rendah, Boleh Dilakukan oleh Sesiapa Sahaja!

Revolusi perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle sebagai alternatif bagi perniagaan Waffle yang sedia ada di pasaran. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran royalti atau yuran francais yang merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menjana keuntungan sepenuhnya.

Anda boleh membawa pulang Pakej Perniagaan Waffle yang unik dan segera memulakan perniagaan ini. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk memulakan perniagaan ini kerana ia melibatkan modal yang rendah dengan potensi hasil keuntungan yang sangat memberangsangkan.

 

Konsep Perniagaan Waffle Lain Dari Yang Lain

Classic Waffle

Anda kini boleh memulakan perniagaan Classic Waffle sendiri memandangkan pasarannya semakin berkembang di seluruh dunia dan pertambahan bilangan kedai kecil, kiosk dan restoran yang menjual Classic Waffle menunjukkan bahawa permintaan terhadap makanan unik ini semakin meningkat.

Sajian pantas dan mengenyangkan menjadi pilihan masyarakat yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian, boleh dijadikan sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Para peniaga boleh menawarkan menu waffle mengikut kreativiti masing-masing bagi menarik perhatian para pelanggan. Lihat sahaja kreativiti peniaga Classic Waffle antarabangsa yang boleh anda contohi:

Dapur khas Classic Waffle diperbuat daripada Stainless Steel berkualiti dengan rekabentuk unik, dapur ini sememangnya diakui efektif dan selamat, setiap satunya boleh menghasilkan 1 set Classic Waffle dalam masa kurang 3 minit sahaja.

Spesifikasi dapur

 KAPASITI Gas
MATERIAL Stainless Steel
STOVE Pembakaran sekata
PLATE Non-Stick plate
SAIZ  230 mm x 400 mm x 360 mm
BERAT ~ 7.5 kg

 

 

Waffle Stick


Memperkenalkan Dapur Waffle Stick berkapasiti gas yang mampu menghasilkan 4 set Waffle Stick dalam satu masa. Setiap set menu Waffle Stick disertakan dengan pemegang lidi yang menjadikannya kelihatan seakan-akan kentang spring

Uniknya, pisang atau sosej boleh dicucuk terlebih dahulu pada lidi, kemudian adunan tepung dituangkan dan dimasak menggunakan gas. Hasilnya Waffle Stick berintikan pisang atau sosej yang boleh dinikmati segera.

Selain itu, Inti Waffle Stick boleh juga digantikan dengan perisa-perisa seperti Peanut Butter, Kaya, Apple, Coklat, Oren, Strawberry, Blueberry & Pandan mengikut citarasa pelanggan

Dapur khas Waffle Stick diperbuat daripada Stainless Steel berkualiti dengan rekabentuk unik, dapur ini sememangnya diakui efektif dan selamat, setiap satunya boleh menghasilkan sehingga 35 set Waffle Stick dalam masa sejam.

 

Spesifikasi dapur

 KAPASITI Gas
MATERIAL Stainless Steel
STOVE Pembakaran sekata
PLATE Non-Stick plate
SAIZ  230 mm x 400 mm x 360 mm
BERAT ~ 7.5 kg

 

Bubble Waffle

Bubble Waffle yang popular sebagai makanan segera jalanan turut dikenali di negara barat sebagai "Egg Puff". Ia merupakan olahan daripada Waffle dan teksturnya lebih menyerupai bubble (gelembung-gelembung kecil) atau butiran telur yang bercantum dengan penampilan menarik. Bubble Waffle amat sesuai dimakan semasa sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam atau dijadikan sebagai snek. 

Snek yang lazat dan aromatik ini amat popular di jalanan seluruh dunia sejak kemunculannya pada tahun 1950-an lagi. Secara tradisional ia dibakar dengan menggunakan arang melalui acuan besi dengan lubang-lubang bulat kecil untuk menghasilkan Bubble Waffle. Kini dengan menggunakan acuan yang sama dan teknologi baru anda boleh menyediakan Bubble Waffle  menggunakan dapur Bubble Waffle gas dalam masa
beberapa minit sahaja.

Untuk melengkapkan rasa dan selera, kesemua pilihan Bubble Waffle disertai tambahan "topping"  yang terdiri daripada Peanut Butter, Kaya, Apple, Coklat, Oren, Strawberry, Blueberry & Pandan. Rasanya yang lazat dan enak setanding dengan jenama terkemuka yang terdapat di pasaran. Ia merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran memandangkan kami sentiasa akan memperkenalkan menu baru dan menarik membolehkan perniagaan anda sentiasa up-to-date:

Bukan itu sahaja, ia juga boleh ditambah dengan menu istimewa seperti Aiskrim, Kismis, Cip Coklat dan juga Kekacang mengikut citarasa pelanggan!

Dapur khas Bubble Waffle diperbuat daripada Stainless Steel berkualiti dengan rekabentuk unik, dapur ini sememangnya diakui efektif dan selamat, setiap satunya boleh menghasilkan sehingga 25 set Bubble Waffle dalam masa sejam.

Spesifikasi Dapur

 KAPASITI  Gas
MATERIAL Stainless Steel
STOVE Pembakaran sekata
PLATE Non-Stick plate
SAIZ  230 mm x 400 mm x 360 mm
BERAT ~ 7.5 kg

 

Siapakah Yang Memerlukan Pakej Perniagaan Ini?

 

Peniaga yang ingin menawarkan menu makanan lain dari yang lain kepada pelanggan. Kepelbagaian resepi dan menu yang boleh diubah dan diolah mengikut selera masing-masing membolehkan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat. Para pelanggan sudah tentunya akan tercari-cari sesuatu yang berbeza lagi sedap.

   

 

Golongan Pekerja yang ingin menjalankan perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle secara separuh masa. Anda tidak perlu berhenti kerja semata-mata untuk menguruskan perniagaan ini
   

 

Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan menjual Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle. Ia bukan sahaja mengurangkan beban kewangan malah mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
   

 

Mereka yang berminat memulakan perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle. Paling penting, modal dengan modal perniagaan yang rendah dan kelengkapan perniagaan yang diperolehi sememangnya mencukupi untuk anda terus mulakan perniagaan.
   
Suri rumah, golongan pesara atau penganggur yang  ingin menambah pendapatan sampingan melalui jualan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle

 

Perniagaan Mudah-Alih & Fleksibel

"Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle Boleh Dipasarkan Di Mana-Mana Sahaja!"

Anda boleh memiliki perniagaan ini dengan modal permulaan yang rendah dan boleh melakukannya secara sambilan atau sepenuh masa. Sesiapa sahaja boleh melakukan perniagan ini tanpa mengira samada anda pelajar, peniaga mahupun yang bekerja.

Perniagaan ini ditawarkan dengan konsep mudah-alih untuk kemudahan anda. yang sesuai untuk diniagakan di mana-mana sahaja. Ia hanya memerlukan ruang perniagaan yang minimum iaitu 1.5 meter x 1.5 meter sahaja. .

Penjimatan dari segi perbelanjaan sewa, tenaga dan penggunaan yang bermakna keuntungan yang lebih banyak untuk anda. Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle juga sesuai diniagakan di kawasan tumpuan ramai seperti berikut:

 

Pasar Malam, Bazar, Karnival & Ekspo Majlis Keramaian
Pusat Beli-Belah Kafeteria
Hadapan Sekolah Medan Selera
Majlis Katering Restoran
Gerai Makanan Kantin
Pusat Peranginan tempat tumpuan ramai

 

Keunikan Tersendiri Proses Penyediaan

Proses menyediakan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle tidaklah rumit. Anda hanya perlu menyediakan bancuhan tepung yang disediakan mengikut arahan adunan dengan sempurna. Hanya beberapa langkah sahaja ia siap untuk dihidangkan. Proses memasak pula tidak begitu lama yang hanya mengambil masa dalam 2-3 minit sahaja.

Jika anda peniaga Waffle, tidak perlu khuatir kerana tepung yang digunakan adalah sama dengan Tepung Waffle yang biasa terdapat di pasaran

 

Lihat bagaimana Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle disediakan:

Cara penyediaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle sememangnya sangat unik dan berbeza dengan pesaing perniagaan Waffle yang lain. Amat penting supaya pelanggan dapat melihat proses penyediaaannya dan menikmati aromanya terlebih dahulu sebagai dorongan kepada mereka untuk membeli!

Satu lagi keunikan, anda boleh menyediakannya terlebih dahulu dan kemudian pamerkan kepada pelanggan sekaligus menjimatkan masa dan memaksimumkan keuntungan lebih-lebih lagi dalam situasi ruang niaga anda mula menjadi tumpuan ramai.

Formula adunan istimewa tepung yang memberikan hasil penampilan berwarna kuning keemasan dengan aroma yang menyelarakan serta rasa yang lebih rangup dan lazat. Boleh dimakan panas-panas atau dibawa pulang ke rumah, ianya tetap enak! Bagi pelanggan yang memesannya untuk dibawa pulang ke rumah, ia boleh dihangatkan dalam oven selama 15 saat. Ia juga boleh dinikmati bersama kopi, teh, mahupun minuman coklat panas.

 

     
    Harga Jualan Setiap Set Waffle

Tahukah anda keuntungan hasil jualan adalah sehingga 300%? Amat lumayan jika di bandingkan jualan produk makanan yang lain. Harga jualan setiap set Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle yang dihasilkan adalah berbeza mengikut pilihan citarasa pelanggan.

Classic Waffle

Classic Waffle pula boleh dijual dengan harga RM2.50. Bagi menu special yang diminta pelanggan, anda boleh mengenakan bayaran tambahan antara RM0.50 - RM1.50.

Waffle Stick

Setiap set Waffle Stick yang mengandungi inti pisang atau sosej boleh dijual dengan harga RM2.00 (pisang) RM2.50 (sosej), manakala Waffle Stick yang berintikan jem boleh dijual dengan harga RM1.50

Bubble Waffle

Manakala Bubble Waffle pula boleh dijual dengan harga RM2.50. Bagi menu special yang diminta pelanggan seperti  Coklat Cip & Kekacang, anda boleh mengenakan bayaran tambahan antara RM0.50 - RM1.50.

Contoh Pengiraan Hasil Perolehan:

Setiap hari anda menerima purata tempahan seperti di bawah.

Kuantiti Perolehan
100 set  Waffle Stick x RM1.50 (purata) RM150
50 set Bubble Waffle x RM2.50 RM125
50 set Classic Waffle x RM2.50 RM125
Jumlah: RM400

Maka, jumlah perolehan harian anda = RM400

Nota: Setiap 1 kg pek Tepung Waffle berharga RM8, boleh menghasilkan sehingga 15 set Bubble Waffle, atau 15 set Classic Waffle atau 35 set Waffle Stick

 

 

Gabungkan Dengan Perniagaan Yang Sedia Ada!

Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bisnes ini, anda BOLEH menggabungkan perniagaan sedia ada dengan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle dan TIADA HALANGAN kepada anda bagi perkara tersebut!! Terpulang kepada anda untuk menggabungkan dengan produk makanan yang bersesuaian.

 

Waffle & Kayaball Asam Jeruk
Ice Blended Makanan Ringan
Minuman Apam Balik
Burger/Kebab Ayam Goreng
Pisang Goreng Roti/Kek
Keropok Kentang Spring
Twisto dan banyak lagi.

Diharapkan Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle ini dapat membuka peluang kepada anda untuk mula menjana pendapatan di samping memberi kelainan kepada pelanggan.

 
 
 
TUNGGU!
 
 
Jika Anda Bertindak Sekarang untuk Memiliki
 
Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle
 
Ada Sesuatu Yang Istimewa Untuk Diberikan Kepada Anda! Kami telah memutuskan untuk memberi anda beberapa bonus tambahan! Kesemua Bonus Di Bawah diberi PERCUMA Untuk Anda
 
 
 
Ya! 6 Hadiah Bonus PERCUMA Menanti Anda
 
Bonus #1 Penghantaran Percuma

Jarak bukan masalah bagi kami kerana kami boleh membuat penghantaran ke mana-mana sahaja anda berada. Dengan menggunakan perkhidmatan berkualiti dan dipercayai daripada City-Link, penghantaran produk akan tiba 2-3 hari  berkerja

Bagi pelanggan dari Sabah, Sarawak dan Labuan pula, perkhidmatan Pos Domestik digunakan (tempoh penghantaran sehingga 5 hari berkerja).

 

Penghantaran melalui City-Link Express adalah PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, Sarawak & Labuan kami menggunakan perkhidmatan Pos Domestik Udara dengan bayaran tambahan RM100
Produk anda akan di hantar dalam masa 24 jam setelah bayaran disahkan
Penghantaran produk akan tiba dalam masa 2-3 hari (Semenanjung) 5 hari (Sabah, Sarawak & Labuan)
Penghantaran akan dilakukan setiap hari (waktu bekerja) pada pukul 12.00 tengahari. 
Untuk pesanan selepas masa tersebut, produk anda akan dihantar keesokan harinya.
 
 
Bonus #2 Manual Bergambar Step By Step

Manual bergambar cara-cara penyediaan Waffle.

 
 

Bonus #3 Video Demo

Video ini dalam bentuk VCD dan anda juga tidak perlu install apa-apa perisian untuk menonton video ini. Hanya pasangkannya pada VCD player atau komputer. Melalui video anda boleh belajar dan tonton berulang kali. Jika terlupa, boleh tonton semula.

 

 

    Bonus #4 Khidmat Selepas Jualan

Kami amat mementingkan kepuasan pelanggan dan tidak akan membiarkan anda begitu sahaja selepas membuat pembelian. Justeru, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan selama mana anda perlukan dari kami.

 

 

Bonus #5 Latihan Penyediaan Waffle

Kami menganjurkan Latihan Penyediaan Waffle selama 1-2 jam secara PERCUMA. Anda boleh hubungi kami untuk menetapkan TARIKH & MASA mengikut kesesuaian dan kelapangan anda bagi menghadiri latihan di pejabat urusan kami yang beralamat di:

No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Bagi anda yang tidak mempunyai kesempatan dan kelapangan menghadiri latihan, tidak perlu khuatir kerana  penghantaran yang dibuat ke seluruh Malaysia disertakan bersama Manual dan CD Video cara-cara penyediaan Waffle. Semudah 1-2-3 cara penyediaan seperti yang diceritakan dalam Manual dan Video ini.

 

 

Mengapa Perlu Memilih Perniagaan Ini?

Berdasarkan potensi perniagaan yang masih baru untuk diterokai, kami berhasrat untuk berkongsi peluang keemasan ini dengan anda. Disamping menawarkan konsep makanan yang unik, perniagaan ini turut memberikan anda pelbagai kelebihan seperti:

 

 

Tanpa Yuran Francais
Hanya satu kali pembayaran sahaja diperlukan tanpa sebarang bayaran tambahan di kemudian hari. Anda tidak perlu khuatir kerana kesemua peralatan perniagaan menjadi milik anda sepenuhnya.

   

 

 

Kos & Risiko Rendah
Mulakan perniagaan  dengan kos yang sangat rendah dan amat berpatutan. Perniagaan kecil, modal rendah tetapi keuntungan lumayan. Peniagaan yang kurang berisiko kerana bahan mentah mudah didapati dan juga mudah dikendalikan.
   

 

 

Mudah-Alih & Fleksibel
Perniagaan yang berkonsepkan mudah-alih dan fleksibel ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Paling menarik, ia boleh digabungkan dengan sebarang perniagaan dan setelah selesai berniaga kesemua peralatan perniagaan boleh dimuatkan sekaligus dalam kenderaan anda!
   

 

Ruang Niaga Kecil
Perniagaan ini menjimatkan ruang,
 cukup sekadar hanya satu ruang niaga sekecil 1.5 meter x 1.5 meter sahaja
   

 

Keuntungan 100% Milik Anda
Anda tentukan sendiri keuntungan yang ingin diperolehi. Tidak perlu berkongsi keuntungan jualan dengan sesiapa kerana 100% hasil jualan adalah milik anda!
   

 

 

 

Permintaan Yang Tinggi
Permintaan terhadap Waffle sentiasa berterusan dan tidak bermusim. Dengan menu pilihan yang pelbagai menjanjikan suatu kelainan kepada pelanggan di samping harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dibeli serta dinikmati oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak pasti menggemarinya oleh kerana rasanya rangup dan enak, manakala golongan pekerja yang mahu cepat ke pejabat amat gemarkan penyediaannya yang ringkas dan cepat.

   

 

Keperluan Tenaga Kerja Minimum
Hanya 1-2 pembantu diperlukan yang dapat menyumbang kepada kos pengendalian perniagaan yang rendah
serta menjimatkan.
 

Sumber Bekalan & Bahan Mentah

Sumber bekalan dan bahan mentah secara berterusan boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan. Pembelian juga dapat dilakukan melalui panggilan telefon atau SMS. Berikut adalah senarai produk dan harga yang ditawarkan:

Tepung Waffle - Crispy Mix (1 kg) - RM8.00

Cuma tambah air, telur mengikut arahan adunan dengan sempurna bagi menghasilkan sehingga 15 set Classic Waffle, atau 15 set Bubble Waffle atau  35 set Waffle Stick

Topping (Pandan, Coklat, Strawberi, Blueberi, Apple, Oren. Vanilla)
1 kg - RM13.00

 

 

Strategi Pemasaran Waffle

 

Aroma - Prinsip asas dalam perniagaan waffle ini ialah: "MENGHASILKAN AROMA YANG BOLEH MENJUAL" Pastikan anda memperolehi tepung yang sesuai dan mudah untuk menyediakan bancuhannya.
   

 

 

Lokasi Strategik - Lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah pilihan yang terbaik. Perniagaan haruslah di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang baik dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti kos sewa, persaingan, kemudahan  dan lain-lain.
   

 

Penampilan Unik - Cara penyediaan yang unik dan berbeza dengan pesaing perniagaan Waffle yang lain. Amat penting supaya para pelanggan dapat melihat proses penyediaaannya dan menikmati aromanya terlebih dahulu sebagai dorongan kepada mereka untuk membeli!
   

 

 

Perkhidmatan Terbaik - Memberi layanan yang lebih baik, pelbagai menu pilihan dengan harga yang berpatutan supaya pelanggan akan tertarik untuk datang lagi. Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada mereka, dan pulangannya adalah potensi pasaran yang lebih luas. Pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan dan keluarga mereka.
   

 

 

Bahan Mentah  - Kos bahan mentah yang rendah serta menjimatkan bermakna keuntungan yang lebih banyak untuk anda. Anda perlu menentukan pesanan stok bahan mentah yang tepat  supaya anda mempunyai bahan mentah mencukupi bagi meneruskan operasi perniagaan tanpa halangan. Perlu menjangka berapa banyak  stok yang bakal digunakan dalam tempoh tertentu.
 

Soalan-soalan Lazim

S: Adakah Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle merupakan sistem Francais?

J: Tidak, tawaran pakej perniagaan Waffle kami adalah bukan francais. Anda tidak perlu sistem francais bagi perniagaan sangat mudah ini. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.

S: Mengapa Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle ditawarkan dengan harga yang rendah

Sebab 1: Pakej Perniagaan yang ditawarkan adalah bukan Francais.

Sebab 2: Kami bukan orang tengah. Semua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport.

Sebab 3: Kami menggunakan kesemua sumber dengan cekap .

S: Bagaimana pula dengan Lokasi Perniagaan & Pekerja?

J: Anda perlu menentukan lokasi perniagaan anda sendiri. Penggunaan pekerja sebenarnya bergantung kepada keperluan dan sambutan pelanggan. Anda boleh mulakan dengan seorang yang anda kenali dan boleh dipercayai kerana 30% daripada kejayaan perniagaan adalah datangnya dari usaha pekerja anda. Berkenaan gaji, ianya bergantung kepada budi bicara anda dan gaji perlu adil serta munasabah.

S: Adakah Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle ini terbuka untuk semua?

J: Ya. Pakej Perniagaan ini adalah terbuka untuk semua Rakyat Malaysia. Jarak bukan menjadi halangan buat kami. Ia boleh dihantar ke mana-mana sahaja di Malaysia.

Semenanjung Malaysia - Penghantaran Percuma dengan City-Link Express
Sabah/Sarawak/Labuan - Kos penghantaran RM100 dengan Pos Domestik Udara.

S: Bolehkah saya menggabungkan produk lain dengan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle?

J: Boleh. Kami tidak mempunyai halangan, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan.

S: Adakah pihak Waffle.my menyediakan latihan?

J: Konsep perniagaan makanan yang kami tawarkan sangat mudah penyediaannya.. Kami memberi demo / latihan berdasarkan permintaan selama 1-2 jam yang akan diadakan di pejabat urusan kami di Senawang, Negeri Sembilan.

S: Sejauh manakah sokongan selepas jualan?

J: Selagi mana yang anda perlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.

S: Apakah jaminan rakan niaga memperolehi bekalan stok bahan mentah secara berterusan?

J: Kami mempunyai pembekal utama dan pembekal back-up. Stok bahan mentah boleh diperolehi melalui kami dengan harga yang berpatutan. Pembelian juga dapat dilakukan melalui panggilan telefon atau SMS.

S: Adakah saya boleh menggunakan Tepung Waffle biasa untuk menyediakan Waffle Stick, Classic Waffle & Bubble Waffle?

J: Ya, ianya menggunakan tepung yang sama seperti Waffle biasa. Itulah keunikan produk kami.

 

"Perniagaan WaffleAdalah Mudah untuk Dikendalikan, Menyeronokkan dan Sangat Menguntungkan. "

 

Adakah Anda Telah Bersedia?

Dapatkan Pakej Perniagaan Waffle Stick, Classic Waffle  & Bubble Waffle Hari Ini Juga!!

Harga yang ditawarkan ini amat berpatutan! Nilai sebenarnya lebih berbanding apa yang bakal anda perolehi Jumlah sebanyak ini sudah pasti akan menjadi berbaloi sebaik sahaja anda memulakan perniagaan Waffle dan memperoleh keuntungan hasil daripada perniagaan ini.

Klik Butang di Bawah untuk Membuat Pembelian.

Hasrat kami supaya anda boleh terus memulakan perniagaan ini untuk menghasilkan pendapatan. Keputusan di tangan anda! Jika berminat bayaran boleh dibuat secara Tunai, melalui Maybank atau Kad Kredit Visa & Mastercard. 

Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, Sarawak, Labuan pula caj tambahan RM100 dikenakan.  

Pembelian anda dijamin selamat di laman web ini. Anda boleh membuat belian pada bila-bila masa. Jika anda masih ragu-ragu dan ingin bertanyakan soalan, sila hubungi kami melalui nombor telefon: 013-6102974, 013-6063393, 019-6942887 atau e-mail: support@usahawan.com

P.S : Jangan berfikir panjang lagi, perniagaan Waffle memang menguntungkan!

P.P.S : Boleh dijadikan sumber pendapatan tetap jika anda benar-benar melakukannya!

 

Utama l Tempah Sekarang l Affiliate Jana $$$ l Hubungi Kami l Facebook l  Usahawan.com